Aktiviti Sepanjang Januari 2010

Sunday, January 31, 2010

Sepanjang bulan Januari beberapa program yang telah di rancang telah berjaya dilaksanakan . Syukur Alhamdullilah..hasil kerjasama semua pihak segalanya berjalan lancar. Diantara Program yang telah berjaya di laksanakan ialah :



  • Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu telah di adakan dari 4 Januari 2010 hingga 8 Januari 2010. SMK Mutiara berbangga menerima kehadiran warga baru hampir 200 orang lebih pelajar. Wajah keanak -anakkan dan aura sekolah rendah masih tebal di wajah mereka. Menempuh alam baru sekolah menengah pastinya menjanjikan seribu satu cabaran buat mereka. Para pelajar ini ada diantaranya akan berkembang menjadi remaja yang mengundang kebanggaan dan akan ada jua kelompok yang akan mengundang kemarahan yakni yang kebiasaannya akan terjebak dengan kes disiplin sekolah seperti ponteng , merokok, gaduh dan sebagainya.Pastinya sepanjang minggu Orientasi ini kami di UBK dan kerjasama daripada unit lain seperti Unit Disiplin , Unit SPBT , Unit Biasiswa sedaya upaya ingin memberi gambaran pertama budaya SMK Mutiara bagi membentuk disiplin warga baru ini supaya persepsi pertama mereka di sekolah ini berkekalan .Pada tahun ini juga kami merasa amat bertuah kerana Tuan Pengarah Pelajaran W.P. Labuan En Mohamad Zaki sudi hadir bagi bersama - sama para pelajar Tingkatan Satu tahun 2010.

  • Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Empat 13 -15 Januari 2010.

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 telah berjaya dilaksanakan . Mengendalikan kelompok pelajar ini memerlukan ketahanan dari segi mental. Kawalan disiplin yang ketat akan dapat memastikan kelopok pelajar ini berada di dalam keadaan terkawal. Pengisian program ini banyak kepada persediaan menghadapi alam menengah atas seperti kerjaya , pemilihan mata pelajaran elektif dan persediaan ke arah Sijil Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun didoakan mereka ini mendapat motivasi baru untuk menjadi lebih berkualiti daripada tahun lepas supaya dapat mengharumkan nama SMK Mutiara dengan pencapaian yang cemerlang di dalam SPM 2012


  • Ceramah Pengurusan diri pelajar cemerlang - 12 Januari 2010

Ceramah pengurusan diri pelajar cemerlang telah di sampaikan oleh Pn Saadiah Yaakob , Guru Bimbingan Kaunseling SK Pantai. Kumpulan sasaran ialah para eplajar tingktan 3 dan 5 .

  • Program Keibubapaan - soal selidik keperluan .

Sola selidik tentang keperluan keibubapaan telah diadakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada ibu bapa yang hadir sewaktu mensyuarat PIBG bagi merancang program yang sesuai.


Segala yang telah di rancang didalam takwimUnit Bimbingan Kaunseling 2010 telah dapat dilaksanakan . Syukur Alhamdullilah.....


Monday, January 25, 2010

SALAM TAHUN BARU....Selamat Datang 2010 ...Sayonara 2009.....

Salam tahun baru 2010....walaupun Januari sudah hampir ke penghujung namun bahang suasana tahun baru masih terasa. Semoga tahun ini Unit Bimbingan Kaunseling SMK Mutiara akan lebih mantap dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik . Dengan kehadiran blog ini di harapkan dapat mencetuskan bentuk komunikasi yang baru demi kebaikan semua pihak.

Unit Bimbingan Kaunseling SMK Mutiara W.P Labuan mempunyai empat orang Guru Bimbingan Kaunseling iaitu

  • Tn Hj Minggu bin Amat
  • Pn Wan Ashibah Wan Ibrahim
  • Pn Veronica Peter
  • Pn Syarifah Nor Suhaila binti S.Said

Di harapkan tahun 2010 akan membawa seribu satu kebaikan kepada kita dan dan memotivasikan kita untuk menjadi yang terbaik dalam semua aspek kehidupan .

Salam Muhibbah dan ceria - ceria selalu....