Aktiviti -Aktiviti UBK sepanjang April

Thursday, May 13, 2010

April yang full....not April fool telah di lalui dengan jayanya..Minggu kerjaya membuka tirai April ..program yang meninggalkan pengalaman yang menarik. Hasil kerjasama semua pihak dan Team UBK ..Cikgu Vero dan Tn Hj Minggu dan Team PRS SMK Mutiara semuanya berjalan dengan lancar...rasanya Cikgu Vero telah mencoretkan hal ini dalam blognya ...terima kasih madam....

Sesuatu perkara itu tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa kerjasama semua pihak.





Antara aktiviti lain yang dijalankan ialah Taklimat Kerjaya ringkas daripada Nilai Kolej.Mereka mengadakan culinary demo...amat menarik sekali ...

Turut diadakan seminar kerjaya sehari oleh IKBN Kinarut anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan . Lebih kurang 90 orang pelajarTingkatan 5 dalam seminar ini.Semoga mereka mendapat sesuatu perspektif baru dalam mencari arah kerjaya mereka.

Friday, February 19, 2010

SERONOK BELAJAR Oleh Dr. ISMAIL ZAIN

PERSIAPAN awal tahun boleh menjadikan anda pelajar yang cemerlang apabila tiba peperiksaan besar pada akhir tahun
.
Persiapan seawal mungkin penting untuk memulakan proses belajar.

Tanpa persiapan yang baik, boleh menjadikan anda malas belajar.

Hal ini akan merugikan pelajar sendiri kerana sifat malas akan menjejaskan penumpuan belajar serta mudah terjerumus dalam gejala ponteng sekolah.

Oleh yang demikian marilah kita lihat bagaimana kita boleh membuat persiapan untuk belajar terutamanya di awal tahun ini.

1. Kekemasan diri. Pastikan kekemasan diri seperti kekemasan rambut, baju dan pakaian dalam keadaan yang sempurna. Elakkan daripada berambut panjang atau berpakaian selekeh kerana ini mengurangkan semangat untuk belajar.

2. Alatan sekolah. Buku, alat tulis dan buku nota yang sesuai harus disediakan supaya anda dapat mengikuti pelajaran daripada guru tanpa gangguan.

3. Disiplin diri. Setiap pelajar perlu mempunyai disiplin diri seperti rajin datang ke sekolah, belajar dengan tekun serta menghindari segala perbuatan yang melanggari tatasusila atau peraturan sekolah. Disiplin diri penting kerana dapat melatih diri kita supaya lebih bertanggungjawab serta mampu menumpukan perhatian ketika belajar.

4. Keazaman diri. Anda perlu mempunyai keazaman diri iaitu semangat untuk belajar. Hal ini adalah penting kerana selain daripada semangat yang diberikan oleh guru atau ibu bapa, semangat juga harus dipupuk daripada dalam diri sendiri.

Seseorang pelajar yang bersemangat mampu menempuh segala cabaran dengan penuh kesabaran. Manakala pelajar yang tidak bersemangat mudah kecewa serta cepat menyerah kalah ketika berhadapan dengan cabaran.

Oleh itu anda perlu membuat persiapan dengan rapi agar tahun 2010 ini mampu ditempuhi dengan penuh kejayaan. Selamat menyambut tahun 2010.

Aktiviti Sepanjang Januari 2010

Sunday, January 31, 2010

Sepanjang bulan Januari beberapa program yang telah di rancang telah berjaya dilaksanakan . Syukur Alhamdullilah..hasil kerjasama semua pihak segalanya berjalan lancar. Diantara Program yang telah berjaya di laksanakan ialah :



  • Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Satu telah di adakan dari 4 Januari 2010 hingga 8 Januari 2010. SMK Mutiara berbangga menerima kehadiran warga baru hampir 200 orang lebih pelajar. Wajah keanak -anakkan dan aura sekolah rendah masih tebal di wajah mereka. Menempuh alam baru sekolah menengah pastinya menjanjikan seribu satu cabaran buat mereka. Para pelajar ini ada diantaranya akan berkembang menjadi remaja yang mengundang kebanggaan dan akan ada jua kelompok yang akan mengundang kemarahan yakni yang kebiasaannya akan terjebak dengan kes disiplin sekolah seperti ponteng , merokok, gaduh dan sebagainya.Pastinya sepanjang minggu Orientasi ini kami di UBK dan kerjasama daripada unit lain seperti Unit Disiplin , Unit SPBT , Unit Biasiswa sedaya upaya ingin memberi gambaran pertama budaya SMK Mutiara bagi membentuk disiplin warga baru ini supaya persepsi pertama mereka di sekolah ini berkekalan .Pada tahun ini juga kami merasa amat bertuah kerana Tuan Pengarah Pelajaran W.P. Labuan En Mohamad Zaki sudi hadir bagi bersama - sama para pelajar Tingkatan Satu tahun 2010.

  • Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan Empat 13 -15 Januari 2010.

Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 4 telah berjaya dilaksanakan . Mengendalikan kelompok pelajar ini memerlukan ketahanan dari segi mental. Kawalan disiplin yang ketat akan dapat memastikan kelopok pelajar ini berada di dalam keadaan terkawal. Pengisian program ini banyak kepada persediaan menghadapi alam menengah atas seperti kerjaya , pemilihan mata pelajaran elektif dan persediaan ke arah Sijil Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun didoakan mereka ini mendapat motivasi baru untuk menjadi lebih berkualiti daripada tahun lepas supaya dapat mengharumkan nama SMK Mutiara dengan pencapaian yang cemerlang di dalam SPM 2012


  • Ceramah Pengurusan diri pelajar cemerlang - 12 Januari 2010

Ceramah pengurusan diri pelajar cemerlang telah di sampaikan oleh Pn Saadiah Yaakob , Guru Bimbingan Kaunseling SK Pantai. Kumpulan sasaran ialah para eplajar tingktan 3 dan 5 .

  • Program Keibubapaan - soal selidik keperluan .

Sola selidik tentang keperluan keibubapaan telah diadakan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada ibu bapa yang hadir sewaktu mensyuarat PIBG bagi merancang program yang sesuai.


Segala yang telah di rancang didalam takwimUnit Bimbingan Kaunseling 2010 telah dapat dilaksanakan . Syukur Alhamdullilah.....


Monday, January 25, 2010

SALAM TAHUN BARU....Selamat Datang 2010 ...Sayonara 2009.....

Salam tahun baru 2010....walaupun Januari sudah hampir ke penghujung namun bahang suasana tahun baru masih terasa. Semoga tahun ini Unit Bimbingan Kaunseling SMK Mutiara akan lebih mantap dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih baik . Dengan kehadiran blog ini di harapkan dapat mencetuskan bentuk komunikasi yang baru demi kebaikan semua pihak.

Unit Bimbingan Kaunseling SMK Mutiara W.P Labuan mempunyai empat orang Guru Bimbingan Kaunseling iaitu

  • Tn Hj Minggu bin Amat
  • Pn Wan Ashibah Wan Ibrahim
  • Pn Veronica Peter
  • Pn Syarifah Nor Suhaila binti S.Said

Di harapkan tahun 2010 akan membawa seribu satu kebaikan kepada kita dan dan memotivasikan kita untuk menjadi yang terbaik dalam semua aspek kehidupan .

Salam Muhibbah dan ceria - ceria selalu....